arabica cafe kuala lumpur, 3 group slayer espresso with arabica custom design

% Arabica, sebuah kafe sensasi dan juga tular di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Setibanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur di pagi hari mestilah kita mencari secangkir kopi untuk mengembalikan tenaga semalaman memandu untuk jangka masa panjang dan perjalanan yang jauh. Kafe yang dituju semestinya % Arabica yang menjadi sebuah sensasi dan juga sebuah kafe yang tular disebabkan tema putih minimalistiknya yang sangat diminati pada zaman ini.

arabica cafe kuala lumpur, 3 group slayer espresso with arabica custom design

Kredit Imej: Iqbal Sukor

Selepas puas mencari lokasi kafe tersebut, akhirnya kami tiba juga. Saya agak terkejut dengan saiz kafenya yang agak kecil dari yang saya sangkakan. Rupanya mereka menggunakan ilusi optik dengan memenuhkan dinding dan siling dengan cermin yang memberikan ilusi kafe itu lebih besar dari biasa. Warna putih yang digunakan juga sedikit sebanyak memaksimakan hasil ilusi tersebut.

arabica cafe kuala lumpur, custom slayer 3 group espresso machine

Kredit Imej: Iqbal Sukor

Mesin Kopi Dan Pengisar Custom

Masuk sahaja ke kafe, anda boleh terus melihat mesin Slayer 3  group head yang sangat menawan yang dihiasi dengan logo kafe dan 2 buah mesin pengisar Mazzer Robur S. Dinding dibelakang pula dipenuhi dengan susunan perkakas chemex. Di belah kanan pulak kelihatan sebuah kawasan yang terdapatnya mesin pemanggang dan juga pengisar komersial.

Aliran kerja mereka juga sangat menarik. Seorang akan berada di mesin pengisar untuk mengisar biji kopi ke dalam portafilter dan akan ditamp. Selepas di tamp, portafilter akan diletakkan di sebelah mesin untuk barista seterunya melakukan ekstraksi espresso dan juga seni latte pada minuman panas. Juruwang juga bereperanan menyediakan cawan untuk setiap minuman. Dengan aliran kerja yang sangat kemas ini, mereka dapat memaksimakan tenaga kerja dan juga menyepatkan penyediaan kopi.

arabica cafe kuala lumpur, 2 white mazzer grinders

Kredit Imej: Iqbal Sukor

Saiz Kopi Mengikut Taraf Kafe Eropah

Selepas terpeggun melihat kafe ini, kami terus melakukan pesanan. Saya memesan Espresso Machiato dimana juruwang memaklumkan bahawa ianya hanya bersaiz kecil sambil menunjukkan saiz cawan (ini merupakan senario biasa yang boleh dilihat di kafe seperti ini bila masyarakat kita cenderung ke arah mentaliti minuman machiato itu bersaiz besar seperti yang disajikan di kafe rantai terkenal dan selain itu, kita tidak dikenalkan pada minuman kopi yang bersaiz sedemikian)  dan kakak pula memesan caffe latte ais. Lebih kurang hanya dalam 5 minit menunggu, nombor pesanan kami pun dipanggil. Saya sangat terkejut melihat espresso macchiato yang dihiasi dengan seni latte. Saya beranggapan ianya hanya mempunyai sebuah bulatan putih hasil penuangan susu yang telah dibuihkan. Caffe latte ais pulak disediakan ala ala dirty latte yang juga sangat cantik.

arabica cafe kuala lumpur, barista grinding coffee beans into portafilter

Kredit Imej: Iqbal Sukor

Rasa Kopi Yang Seimbang

Rasanya kedua dua minumannya sangatlah sedap. Rasa kopi yang wangi, tidak pahit dan sangat seimbang dengan susu yang digunakan. Espresso Machiato pun tidak berasa pahit walaupun hanya sedikit susu yang digunakan. Mungkin ini dimaksudkan kemanisan espresso? Untuk caffe latte ais, walaupun lebih banyak susu yang digunakan (berbanding machiato), namun minumanya masih didominasi oleh rasa kopi dan tidaklah mempunyai rasa susu yang kuat.

arabica cafe kuala lumpur, takeaway coffee machiato and dirty latte

Kredit Imej: Iqbal Sukor

Sambil menikmati minuman kami, kafe pun mula dipenuhi dengan orang ramai sehingga saya menunggu beberapa minit sebelum dapat mencari peluang bertanyakan tentang biji kopi yang digunakan untuk espresso mereka pada barista. Biji kopi yang diguanakan adalah campuran biji kopi Arabica dari Brazil dan juga Ethiopia.

Harga Kopi Berpatutan Walaupun di Pavillion Kuala Lumpur

Secara keseluruhan, kopi yang disajikan adalah sangat sedap dan agak berpatutan dengan harganya. Namun, kafe tersebut tidaklah begitu sesuai untuk melepak buat satu jangka masa yang lama dan lebih sesuai hanya untuk melakukan pesanan dan beredar dari situ walaupun terdapat beberapa tempat duduk.

arabica cafe kuala lumpur, barista counter top with grinder and slayer espresso machine

Kredit Imej: Iqbal Sukor

Waktu Perniagaan

Isnin (10:00 – 21:00)

Selasa (10:00 – 21:00)

Rabu (10:00 – 21:00)

Khamis (10:00 – 21:00)

Jumaat (10:00 – 21:00)

Sabtu (10:00 – 21:00)

Ahad (10:00 – 21:00)

Alamat % Arabica

Lot 3.08.02, Tingkat 3, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

 

Penafian:

Segala tulisan di atas merupakan pandangan peribadi saya sendiri dan mungkin tidak mencerminkan situasi sebenar bagi pihak lain. Saya tidak memiliki apa-apa perniagaan dan segala perniagaan yang dikongsikan adalah pemilik empunya.
Ikuti saya di IG dan Twitter:

Iqbal Sukor wearing colorful shirt using camera and facing forward

@iqbalsukor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *