PESTA KOPI PULAU PINANG 10th and 11th December 2022

PESTA KOPI PULAU PINANG 2022

Assalammualiakum semua.

Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan baik semuanya.

       

Beberapa minggu yang lepas, selesai sudah Pesta Kopi Pulau Pinang 2022 yang diadakan buat julung kalinya di Pulau Mutiara ini.

Kerjasama antara pihak Tempatan Fest, Rasta Brew Co, Bricklin Cafe, Sekolah Kopi dan juga Hin Bus Depot telah menjayakan Pesta Kopi kali ini! Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat kerana ini merupakan sebuah acara atau majlis kopi yang pada saya sangat meriah dan juga komprehensif. Tidak lupakan juga penglibatan Tourism Malaysia, MBPP dan PDRM yang telah menyokong acara ini. 

       

Berlangsung selama dua hari di Hin Bus Depot Penang di mana Rasta Brew Co. HQ, Bricklin Cafe bertapak, ia bermula dengan menyambut 150 pengujung pertama bagi kedua-dua hari dengan pemberian beg ‘doorgift’ yang ditaja oleh sebuah kafe di Sungai Petani, Kopi Kuih yang dipenuhi pelbagai barangan menarik.  Pesta Kopi Pulau Penang merupakan Pesta Kopi yang kedua pernah saya hadiri selepas Pesta Kopi buat pertama kalinya diperkenalkan di Pasar Seni di penghujung tahun 2021. Konsep yang boleh dikatakan perbezaan utama dan juga  merupakan sebuah visi Rizal Rasta adalah untuk bukan sahaja melakukan aktiviti penjualan kopi, tetapi untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu atau ‘knowledge sharing’ yang diadakan sepanjang dua hari tersebut.

 

Table with many cupping cups at Pesta Kopi 2022    Two cups with freshly grounded coffee for cupping session at Pesta Kopi 2022   Table with many cupping session brewing using goose neck kettles at Pesta Kopi 2022

Two cups of coffee after brewing during cupping session at Pesta Kopi 2022    Visitors observing freshly brewed coffee during cupping session at Pesta Kopi 2022   Visitor smelling freshly grounded coffee during cupping session at Pesta Kopi 2022 viewing cupping session

 

Ramai jemputan telah diundang untuk mengadakan sesi bual bicara atau ‘talk show’ seperti En Zakir Zamir dari Barista Guild Asia yang berbicara soal kerjaya sebagai seorang barista, Cikgu Hazim Bahrain dari Kopi 0 Suam berbicara tentang keberanian untuk membuka kafe dan ‘pop-up’, Pak Esham dari House of Kendal pula berkongsi tentang biji kopi Liberica dan beberapa sesi ‘cupping’ yang dianjurkan oleh Akusukakopi dan Mama Typica.

                                                                                                               

Pelbagai ilmu dapat dipelajari selain menikmati pelbagai jenis minuman kopi yang terdapat di situ merangkumi vendor tempatan dari Pulau Pinang sehingga mereka yang jauh nun di Selangor. Selain aktiviti perkongsian ilmu, sebuah lagi aspek yang menarik di Pesta Kopi adalah menjalinkan hubungan perniagaan atau ‘Business-to-business’ atau ‘B2B’. Sebagai pemilik gerai kopi kecilan sendiri, Pesta Kopi Pulau Pinang juga dipenuhi dengan vendor barangan kopi, pembekal biji kopi, pembekal susu dan juga pembekal pemanis dan perasa tambahan. 

 

Images Credit: Iqbal Sukor

Beberapa pembekal biji kopi seperti Akusukakopi, Ngoopi by Bejaq, First Crack, Ngopdul Roastery dan banyak lagi bersedia untuk memberikan konsultasi dan juga mengambil tempahan untuk perniagaan kopi anda. Pembekal Susu seperti F&N Magnolia yang membawa jenama susu Barista mereka juga merupakan sebahagian penaja Pesta Kopi mengadakan promosi susu dan demostrasi kopi oleh Barista Madi. Barangan kopi lain seperti sirap perasa dari pembekal seperti Osterberg, Coffee Catcher dan Coffex juga terdapat di sana.

Images Credit: Iqbal Sukor

Dengan wujudnya vendor B2B ini sedikit sebanyak memudahkan pengunjung merangkap pemilik perniagaan kafe ini sedikit sebanyak dapat mewujudkan perhubungan dan juga pengenalan pada produk baharu yang mampu membantu peniaga-peniaga kafe ini termasuklak diri saya.

Di acara seperi ini jugalah dimana saya dapat bertemu dengan lebih ramai pemilik kafe yang lain, peminat kopi dan sedikit sebanyak mengeratkan lagi silatulrahim antara kami dan juga menambah kenalan baru. Walaupun dua hari merupakan masa yang agak suntuk, namun banyak yang boleh dipelajari, dibincangkan dan juga bersembang santai dengan peminat kopi yang lain.

Akhir kata, buat semua yang telah terlibat dalam menjayakan Pesta Kopi Pulau Pinang 2022 ini, tahniah dan terima kasih pada anda semua! Saya menanam hasrat dan berharap bahawa lebih banyak (bukan kerap) acara sedemikian dapat diadakan lagi di masa depan bagi memartabatkan dan megukuhkan lagi industri kopi di bumi tercinta, Malaysia kita ini.

 

 

Iqbal Sukor wearing colorful shirt using camera and facing forward

@iqbalsukor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *