Rancak Coffee with bottle signature latte open cap

Rancak Coffee, kafe seorang guru, Kulim, Kedah

Rancak Coffee, Kulim, Kedah

Rancak Coffee with signature latte milk preparation

Assalammualaikum semua.

Beberapa minggu lepas, ketika sedang meniaga di Average Coffee, seorang lelaki telahpun datang dan melakukan pesanan dan juga membeli biji kopi X-Bar kami.

Rancak Coffee barista counter with X-Bar espresso blend bean bags

Seperti biasa, saya pun mula berbual kosong dan bertanyakan soalan sepertia beliau dari mana dan bagaimana dapat menegtahui gerai kecil saya ini. Beliau telahpun mengatakan beliau dari Kulim yang telah ke kawasan berdekatan untuk membeli barangan dan telahpun singgah ke mari. Rupanya, beliau merupakan menantu kepada seoarang guru di sekolah menengah saya dahulu yang juga merupakan sahabat Mama saya dan dari situlah beliau menegenali gerai saya ini.

    Rancak Coffee with bottle signature latte open cap  Rancak Coffee signature latte bottle

Selain itu, sahabat beliau juga pernah ke Malam Peristiwa yang diadakan di Bertam yang telah mengesyorkan kepada beliau untuk mencuba Aerocano kami dan berkata kerana biji kopi yang kami gunakan adalah sedap. Alhamdulillah.

Kami teruskan bersembang dan rupanya beliau juga meniaga kopi secara botol bagi rakan rakannya di ofis. Beberapa minggu berlalu dan beliau sekali lagi menghubungi saya untuk membeli biji kopi X-Bar untuk digunakan bagi kopi botolnya. Beliau telahpun menjemput saya untuk kerumahnya untuk sembang sembang kopi juga.

Masuk sahaja ke dapurnya, kelihatan sebuah mesin Lelit Elizabeth yang sungguh menawan bersebelahan pengisar ‘single dose’ DF64 berwarna merah yang sama menawan. Kami pun bersembang sembang dengan kopi sambil sambil menyeduh kopi menggunakan mesin beliau.

Rancak Coffee LeLit espresso machine with Gemilai grinder and espresso machine

Sungguh menarik mesin Lelit Elizabeth ini dan ini merupakan pertama kali saya melihat mesin jenama Lelit secara peribadi. Mesin itu kelihatan sungguh minimal namun aspek pembinaannya kelihatan sangat kemas dan kukuh. Saya juga dipelawa untuk mencuba mesin itu dengan menyeduh beberapa ‘shots’ espresso dan juga melakukan demo Aerocano. Nota tambahan, saya suka sangat bila pelanggan yang bertanya ddan memesan Aerocano ini kerana saya dapat menerangkan sambil melakukan demo kepada mereka kerena Aerocano ini, pada pendapat saya, merupakan menu yang agak baru dikenali di Malaysia dan tidak ramai yang meletakkan di dalam Menu kafe mereka.

Rancak Coffee Portafilter with coffee distributor Rancak Coffee LeLit espresso machine brewing espresso shot close-up

Kembali kepada sahabat kopi baru saya, iaitu brother Mat atau namanya Muhammad, beliau sedikit sebanyak juga berkongsi tentang penglibatan beliau dalam dunia kopi dan juga perniagaan kecilan beliau ini.

Seperti kebanyakkan kita, ia bermula dengan sebuah minat yang bertukar menjadi sebuah ilmu yang didalami, menjadi sebuah rutin hinggalah bertukar menjadi sebuah punca pendapatan tambahan.

Beliau sebelum ini hanyalah memulakan perjalanan seduhan kopi secara espresso menggunakan mesin Gemilai CRM3605. Kopi yang digunakan juga adalah kopi yang siap dikisar yang mudah didapati di pasaran. Setelah tidak berpuas hati dengan espresso yang dihailkan, beliau telah mempelajari lebih lagi dan meminta nasihat dari mereka yang lebih arrf.

Rancak Coffee LeLit espresso machine with Gemilai espresso machine

Setelah itu, beliau membeli sebuah pengisar Raccea untuk mengisar biji kopi segar sebaik sebelum seduhan dimulakan. Beliau bertambah lebih yakin dan berpuas hati. Kopi dikongsikan dengan sahabat kerja dan dari situ penjualan kopi botol bermula.

Sejak bulan Disember yang lalu, lebih dari 2000 botol kopi telahpun terjual dan dengan menggunakan wang yang terkumpul hanya dari penjualan kopi botol, beliau telahpun berjaya menaiktaraf mesin kopi dan pengisar kepada yang lebih baik.

Rancak Coffee LeLit espresso machine with Gemilai grinder

Cerita beliau ini sangat penuh dengan inspirasi! Antara yang mmenarik dengan peceritaan beliau adalah jika kita inginkan sesuatu, kita perlulah bermula walaupun dengan langkah pertama yang kecil. Walaubagaimanapun, minat perlulah ditemani dengan semangat mempelajari ilmu yang baru dalam menambahbaik diri sendiri yang secara langsung dapat memberikan hasil yang lebih bermutu. Tidak mengapa kita bermula dari bawah secara perlahan kerana dengan semangat, kerja keras, ilmu dan doa, ia bakal membuahkan hasil suatu hari nanti.

Ya, penceritaan sahabat Mat dalam perjalanan dari Gemila CRM3605 dan Raccea hinggalah ke Lelit Elizabeth dan DF64 memberikan inspirasi buat diri sendiri.

Sedikit tentang kopi yang dijual beliau, menariknya, pilihan kopi botol yang tersedia bukanlah menggikut perisa sirap atau cara kopi yag disediakan, namun pilihan kopi yang ada mengikut biji kopi yang telah digunakan. Semuanya adalah minuman kopi berasaskan Americano dan juga caffe latte yang diberikan nama seperti Signature Latte, Indulgence Latte dan lain lain lagi dikateggorikan bawah Seasonal latte. Perbezaan kesemua kopi ini hanyalah pada jenis biji kopi yang digunakan.

Rasa kopinya sangat sedap! Sangkaan saya pada penggunaan botol 350ml akan menghasilkan rasa susu yang lebih menddominasi, namun rasa kopinya masih lagi agak kuat dan lebih dominan dari susu memberikan rasa yang sungguh sedap dan seimbang.

Rancak Coffee LeLit espresso machine brewing espresso shot

Buat masa ini, penjualan kopi botol adalah terhad kepada rakan rakan sekerja, namun jika sambutan yang memberangsangkan, jualan akan dibuka untuk peminat kopi diluar sana.

Penafian:

Segala tulisan di atas merupakan pandangan peribadi saya sendiri dan mungkin tidak mencerminkan situasi sebenar bagi pihak lain. Saya tidak memiliki apa-apa perniagaan dan segala perniagaan yang dikongsikan adalah pemilik empunya.
Ikuti saya di IG dan Twitter:

Iqbal Sukor wearing colorful shirt using camera and facing forward

@iqbalsukor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *